SIARAN MEDIA: SENARAI 27 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD MALAYAN TIGRESS B-19 BERMULA 1 JUN 2025
Berikut adalah senarai nama 27 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih skuad Malayan Tigress B-19 bagi menyertai kem latihan pusat bermula Ahad, 1 Jun 2025 sebagai persiapan menghadapi Kejuaraan Wanita B-19 AFF 2025 di Ho Chi Minh, Vietnam pada 9 hingga 18 Jun ini.
No | Nama | Umur | Kelab |
1. | Chrisarellysa Richard | 17 | SSMS |
2. | Fleyvianniezie Ishak | 17 | SSMS |
3. | Hallyviana Joseph | 17 | SSMS |
4. | Nursyazalinah Jainudin | 18 | SSMS |
5. | Nina Hasmaji | 15 | SSMS |
6. | Ku Nuwairah Ku Mahadzir | 18 | Selangor FC |
7. | Kaseh Carlmila Az Zahra | 19 | Selangor FC |
8. | Nuratiqah Batrisya | 18 | Selangor FC |
9. | Nur Aina Batriesya Mahathir | 16 | Sekolah Sukan Malaysia Pahang |
10. | Nur Damia Hamdan | 16 | Sekolah Sukan Malaysia Pahang |
11. | Nurdiana Syafiqah Mohd Rostam | 17 | Sekolah Sukan Malaysia Pahang |
12. | Nur Qistina Mohd Fais | 15 | SSS Leopard FC |
13. | Nur Laila Syamila A Rahim | 15 | SSS Leopard FC |
14. | Daliea Eliesa Mohd Hafiz | 17 | SSS Leopard FC |
15. | Nur Amyra Fariesya Shahrizan | 17 | SSN Selangor |
16. | Zafirah Zulaikha Mohamad Zuhri | 16 | SSN Selangor |
17. | Rocillyeka Lole | 17 | Sabah FA |
18. | Arecha Pansie Efandi | 19 | Sabah FA |
19. | Nur Dhiyaa Addin Mohd Azhari | 19 | Kelana United FC |
20. | Dian Aqilah Mohammed Imran | 18 | MBSJ FC |
21. | S. Thivashini | 19 | MBPJ FC |
22. | Nur Ummairah Muhamad Soberi | 16 | Real CJ FC |
23. | Nur Awadah Awfiyah Zaini | 15 | SA United FC |
24. | Siti Zulaikha Bashah | 17 | SMK Alor Merah |
25. | Kanchenjeet Kaur Nanua | 19 | Miami Dades Sharks (USA) |
26. | Lauren Hoh Ruyi | 19 | Trinity College, USA |
27. | Qaseh Rania Khairul Najib | 15 | - |
Cameron turut memanggil enam pemain dari skuad Malayan Tigress kendalian Joel Cornelli di mana tiga pemain iaitu pemain tengah, Dian Aqilah serta dua penyerang, Nur Laila Syamila dan Rocillyeka Lole telah dilepaskan bagi menyertai kem latihan pusat Malayan Tigress B-19.
Sementara itu, bagi tiga lagi pemain skuad senior Malayan Tigress, pemain pertahanan, Nur Dhiyaa Addin dan Kanchenjeet Kaur serta pemain tengah, S. Thivashini akan menyertai kem latihan pusat Malayan Tigress B-19 sekembalinya dari Thimphu, Bhutan pada 4 Jun ini di mana hanya 23 pemain sahaja yang akan di bawa ke Ho Chi Minh bagi menghadapi kempen Kejuaraan Wanita B-19 AFF 2025.
Sementara itu, seramai 5 pemain berikut diletakkan dalam Senarai Bersedia, jika terdapat perubahan dalam senarai di atas:
No | Nama | Umur | Kelab |
1. | Adlin Bandi | 18 | SSMS |
2. | Marsya Rafli | 16 | Sekolah Sukan Malaysia Pahang |
3. | Nur Aleeya Nazaira Jonaidie | 16 | Havana FC |
4. | Intan Zainal Azhar | 19 | MBPJ FC |
5. | Zarith Sofea Nor Azri | 16 | - |
Skuad Malayan Tigress B-19 yang diundi dalam Kumpulan B akan memulakan kempen Kejuaraan Wanita B-19 AFF 2025 dengan perlawanan pertama menentang Kemboja pada Isnin, 9 Jun 2025; Thailand pada Rabu, 11 Jun 2025 dan Indonesia pada Jumaat, 13 Jun 2025.
Berdasarkan format perlawanan membabitkan lapan pasukan ini, saingan kumpulan akan berlangsung secara liga sepusingan yang mana dua pasukan teratas layak ke separuh akhir pada Isnin, 16 Jun 2025.
Seterusnya, dua pasukan yang menang akan bertemu di Final manakala dua pasukan yang tewas akan beraksi perlawanan penentuan tempat ketiga pada Rabu, 18 Jun 2025.
*Siaran media ini dikeluarkan pada Sabtu, 31 Mei 2025