FAM MEMAKLUMKAN KEPADA FIFA & AFC MENGENAI PELETAKAN JAWATAN AHLI-AHLI JAWATANKUASA EKSEKUTIF PENGGAL 2025-2029
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memaklumkan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenai peletakan jawatan kesemua Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2025–2029, yang berkuat kuasa mulai 28 Januari 2026.
Dilampirkan surat daripada Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj Rahman kepada Mattias Grafstrom, Setiausaha Agung FIFA dan Datuk Seri Windsor John, Setiausaha Agung AFC yang memaklumkan mengenai perkara tersebut.
- Siaran media ini dikeluarkan pada Khamis, 29 Januari 2026
Date
Image
News Category
Featured
Yes
